Sunday, August 14, 2022
25.2 C
Brunei

Achey tolak banyak job supaya senang ulang-alik kampung

-

Demi ibu tercinta, pelawak Achey sanggup membatalkan tawaran kerja yang mana boleh menerima bayaran lumayan.

Kata Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 36, keadaan kesihatan ibu yang merosot dan menerima rawatan di Hospital Segamat membuatkan dia sentiasa bersedia jika berlaku kecemasan.

“Saya berterima kasih kepada isteri kerana dia yang bertegas supaya saya batalkan tawaran kerja kerana memikirkan keadaan ibu ketika dimasukkan ke hospital dua minggu lalu.

“Syukur juga dia telah menyusun jadual saya dengan baik agar boleh saya melawat ibu jika tidak terlibat dengan mana-mana program atau penggambaran.

“Kalau ikutkan bayaran yang diterima memang berbaloi, tetapi saya fikir rezeki ada di mana-mana,” katanya kepada mStar.

Bagi Achey juga dia akan cuba sedaya upaya untuk menjaga ibunya meski terpaksa berulang-alik ke Johor.

“Sebagai anak saya akan usahakan apa sahaja untuk berbakti kepada ibu. Tidak menjadi masalah besar untuk saya berulang-alik jika mahu berjumpa ibu. Saya anggap ini adalah ‘lombong emas’ yang boleh memberi saya kebaikan di dunia dan akhirat kelak. Saya tak mahu mensia-siakan peluang yang ada ini,” jelasnya.

Bercakap tentang kesihatan ibunya, Ngaisah Hassan, 74, kata ibunya mengidap masalah kerosakan organ pankreas sejak setahun lalu namun enggan menjalani pembedahan awal.
Disebabkan itu, keadaan menjadi semakin serius sehingga mengakibatkan bahagian perut membengkak kerana saluran hempedu dan hati tersumbat.

Achey ditemui ketika majlis sidang media Starvendors Mega Fest Raya 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis. – Agensi

Achey kuatkan semangat terus berbakti ketika ibu sedang sakit. – Agensi
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -