Thursday, December 7, 2023
23.5 C
Brunei

    -

    Acosta juara dunia Moto2 termuda

    SEPANG, 12 NOV – Pelumba Red Bull KTM Ajo, Pedro Acosta berjaya merangkul kejuaraan Moto2 dunia sulungnya, selepas menamatkan perlumbaan di Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia, hari ini.

              Pelumba dari Sepanyol itu yang bermula dari petak keenam, berjaya memperbaiki kedudukannya hingga ke tempat kedua dan mencatatkan masa 36 minit dan 11.506 saat (s) sebelum melakukan wheelie bagi meraikan kejayaan menjadi juara moto2 dunia termuda, pada ketika melintasi garisan penamat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

              Pelumba berusia 19 tahun itu menamatkan perlumbaan 7.128s di belakang juara GP Malaysia 2023, Fermin Aldeguer dari pasukan Beta Tools SpeedUp.

              Aldeguer, yang memulakan perlumbaan dari petak hadapan, kekal pada kedudukan itu sehingga tamat perlumbaan dan merupakan kemenangan kedua berturut-turut beliau selepas menang di GP Thailand, bulan lepas.

     

    Pedro Acosta meraikan Kejuaraan Dunia Moto2 2023 miliknya ketika melintasi garisan penamat semasa perlumbaan kelas Moto2 MotoGP Malaysia Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang di Sepang. – AFP

              Seorang lagi pelumba dari Sepanyol, Marcos Ramirez dari pasukan OnlyFans American Racing di tempat ketiga (36:13.936s). 

              Bercakap lepas perlumbaan itu, Acosta menyatakan kegembiraannya kerana dinobatkan sebagai juara kejuaraan Moto2 dunia dan kepuasan dirinya untuk memenangi gelaran itu, walaupun menghadapi kesukaran sebelum ini.

              Dengan dua lagi pusingan, Acosta dengan 320.5 mata mempunyai kelebihan 77 mata di hadapan pesaing terdekat Tony Arbolino dari pasukan ELF Marc VDS Racing, yang mengumpulkan 243.5 mata.

              Sementara itu, dua pelumba tempatan mewakili pasukan Petronas MIE Racing RW, Azroy Hakeem Anuar dan Helmi Azman, gagal mencatatkan keputusan baik hari ini.

              Azroy Hakeem gagal menamatkan perlumbaan selepas jatuh buat kali kedua, manakala Helmi menamatkan perlumbaan di tempat ketiga terakhir (tempat ke-23) dengan 37:14.318s. – Bernama

    20

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Rekrut warga Nepal dalam tentera Rusia, 12 ditahan

    KATHMANDU, 6 DIS – Polis Nepal mengumumkan hari ini mereka telah menahan 12 orang yang dituduh menghantar lelaki muda Nepal secara haram untuk direkrut...