MESIR, 16-22 Januari 1997 – Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun, Ibrahim Khaled Ibrahim, meninggal dunia semasa dikhatan di sebuah klinik swasta di Bassatin di selatan Kahirah, Mesir.
Tidak segera diketahui sama ada kematiannya disebabkan lemah jantung ataupun kehilangan banyak darah. Anak-anak lelaki dikhatankan adalah sah di Mesir. Tetapi pihak berkuasa dan kumpulan-kumpulan hak asasi bersepakat untuk menghalang kanak-kanak perempuan daripada dikhatakan. Ini kerana beberapa orang kanak-kanak perempuan mati ekoran berkhatan.
Di Afrika, kanak-kanak perempuan berkhatan adalah amalan biasa. Di Mesir pula amalan itu sudah berjalan sejak ribuan tahun. Kanak-kanak perempuan daripada 98 peratus keluarga luar bandar dan 70 peratus keluarga di bandar dikhatan. Sementara itu, pihak berkuasa mesir telah mengarahkan siasatan rasmi ke atas kematian Ibrahim Khaled.