Monday, October 7, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adakah Ivanka Trump memainkan peranan besar?

    WASHINGTON – Walaupun tanpa jawatan rasmi dari rumah putih, Ivanka Trump terbukti merupakan seorang insan yang mempunyai peranan kuasa yang mempunyai pengaruh tinggi. Hanya beberapa minggu yang lalu, ‘First Daughter’ itu telah menyertai ayahnya Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam satu mesyuarat dasar dengan beberapa eksekutif perniagaan dan Ivanka Trump juga turut menemani ayahnya dalam perjalanan menuju Dover Air Force Base Delaware bagi menghormati jenazah tentera laut AS SEAL yang terbunuh dalam satu serbuan di Yaman. Ivanka Trump turut mengumpulkan beberapa CEOs di rumahnya untuk mengutarakan beberapa dasar dan menggunakan pengaruh beliau untuk mentadbir pentadbiran rumah putih.

    Usaha-usaha Ivanka Trump ini telah memberi menerima perhatian yang menyeluruh dan beranggapan bahawa Ivanka mempunyai kedudukan yang tinggi selepas meletak jawatan eksekutif dengan pertubuhan Trump dan beberapa jenama gaya tersendiri tokoh itu serta mula berpindah ke Washington. Ketika ini, suami beliau, Jared Kushner secara rasmi telah bekerja dalam pentadbiran rumah putih bersama ayahnya.

    “Ayah saya akan menjadi presiden negara ini dan saya menaruh harapan untuk sentiasa berada di sana untuk menyokong ayah saya serta menumpukan perhatian yang serius terhadap keseluruhan kerjaya profesional saya,” kata Ivanka Trump kepada perwakilan media pada bulan lepas sebelum pelantikan rasmi Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat yang ke-45. Sebelum ini tidak ada ahli keluarga yang berperanan dasar terhadap pimpinan ataupun anak perempuan yang sedia maklum mempunyai pengaruh yang besar.

    Gelaran ‘First Lady’

    Ivanka Trump sedaya upaya cuba menepis beberapa tanggapan bahawa beliau akan mengganti kedudukan ‘First Lady’ yang memuncak berikutan keinginan Melania Trump untuk terus tinggal di New York City di mana anaknya, Barron pergi ke sekolah. Ivanka Trump telah memberitahu media 20/20 hanya seorang sahaja yang mampu bergelar sebagai ‘First Lady’ namun semasa Ivanka Trump menemani ayahnya ke Dover dan memberikan penghormatan kepada tentera laut AS sebenarnya tugas pasangan kepada presiden bukan anak kepada presiden.

    Ivanka Trump, anak kepada presiden Amerika Syarikat ke-45. – AP
    Ivanka Trump, anak kepada presiden Amerika Syarikat ke-45. – AP

    Donald Trump,Ivanka Trump

    “Itu hanyalah satu adegan yang biasa dan lazim dilihat antara presiden dan ‘First Lady’ namun bukan terhadap ‘First Daughter’,” kata Katherine Jellison yang mengetuai Jabatan Sejarah di Universiti Ohio kepada perwakilan media.

    Di Washington, Ivanka Trump telah meneruskan usaha beliau untuk mengumpul pelbagai maklumat mengenai dasar tempat kerja untuk kaum wanita. Menurut individu yang mempunyai pengetahuan tentang acara itu berkata bahawa beliau telah menganjurkan majlis makan malam di rumahnya untuk pemimpin-pemimpin perniagaan yang menghadiri pertemuan di rumah putih, termasuk eksekutif tertinggi Wal-Mart, General Motors dan Johnson & Johnson. Perwakilan ini bercakap dengan syarat tidak mahu nama mereka didedahkan kerana mereka tidak diberikan kuasa untuk membincangkan majlis makan malam itu kerana ia adalah satu majlis peribadi.

    Ivanka Trump turut menilai, melihat dengan lebih jauh lagi akan perkara-perkara dasar. Bersama-sama dengan suaminya, Kushner, beliau tidak menggalakkan beberapa perintah eksekutif yang mungkin akan menjejaskan hak-hak di tempat kerja dan Ivanka Trump menyokong kenyataan daripada rumah putih untuk meninggalkan perintah utuh 2014 yang melindungi pekerja-pekerja kontraktor daripada diskriminasi.

    Ivanka Trump turut memecahkan beberapa sistem yang sedikit sebanyak memberikan kesan dan belajar untuk memberikan penumpuan perhatian yang lebih besar untuk keluarga besarnya. Ivanka telah menerima beberapa kritikan yang besar di media-media sosial baru-baru ini apabila beliau menyiarkan gambar beliau bersama dengan Kushner dalam majlis ‘Formalwear’ sehari selepas ayahnya mengumumkan perintah eksekutif sekatan pelarian dari negara-negara tertentu.

    Ivanka Trump kelihatan menemani ayahnya dalam perjalanan menuju Dover Air Force Base Delaware bagi menghormati jenazah tentera laut AS SEAL yang terbunuh dalam satu serbuan di Yaman. – AP
    Ivanka Trump kelihatan menemani ayahnya dalam perjalanan menuju Dover Air Force Base Delaware bagi menghormati jenazah tentera laut AS SEAL yang terbunuh dalam satu serbuan di Yaman. – AP
    Ivanka Trump bersama dengan suaminya, Jared Kushner. – AP
    Ivanka Trump bersama dengan suaminya, Jared Kushner. – AP

    Campur aduk perniagaan

    Nordstrom turut mengumumkan bahawa ia akan menghentikan penjualan pakaian Ivanka Trump dan aksesori serta menumpukan satu jenama lain yang lebih berpotensi. Rangkaian kedai yang berpangkalan di Seattle berkata bahawa keputusan itu sebenarnya berdasarkan kepada prestasi penjualan produk tersebut.

    Pengarah kanan pemasaran Ivanka Trump, Rosemary K.Young berkata dalam satu kenyataan bersama dengan media bahawa jenama Ivanka Trump akan terus berkembang dalam kategori dan pengedaran dengan sokongan pelanggan yang semakin meningkat dan membawa kita untuk mengalami pertumbuhan yang penting di tahun 2016. Jurucakap itu turut berkata bahawa Nordstrom telah menempah beberapa pasang kasut dan beberapa helai pakaian untuk musim bunga serta tidak sabar untuk menikmati keluaran itu nanti.

    Pada bulan yang lalu, Donald Trump telah berkata bahawa Ivanka Trump akan mengambil cuti rasmi dari jawatan eksekutif di pertubuhan Trump dan syarikat beliau di sepanjang ayahnya bergelar sebagai presiden Amerika Syarikat yang ke-45. Proses itu merupakan satu peranan yang rumit untuk diperbincangkan.

    “Organisasi Trump tidak memfailkan kertas kerja untuk mengeluarkan Ivanka Trump dari lesen pengeluaran minuman keras untuk beberapa buah syarikat Trump khususnya untuk beberapa hotel Trump di New York,” kata Jurucakap Liquor, William Crowley. Pegawai undang-undang bagi Pertubuhan Trump, Alan Garten berkata bahawa semua kertas kerja telah difailkan untuk memisahkan Ivanka Trump dari perniagaan. Beliau berkata ia merupakan satu proses yang panjang dan mengambil masa untuk beberapa minggu dilaksanakan. Jurucakap itu tidak segera menjawab soalan mengenai lesen beberapa minuman di bawah jenama anak perempuan presiden Amerika Syarikat itu, Ivanka Trump. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda