Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Adakah Will Smith jalani rawatan kerohanian di India?

    Selepas kontroversi menampar Chris Rock pada acara Oscars 2022, pelakon Will Smith dilaporkan terbang ke India beberapa hari lalu.

    Menurut laporan Indian Express, pelakon itu tiba di Lapangan Terbang Mumbai dengan berpakaian berwarna putih dan disambut oleh beberapa orang sami pengikut ajaran Sadhguru.

    Meskipun tidak pasti apa tujuan Smith ke sana, ramai yang membuat andaian pelakon King Richard itu mahu menjalani rawatan kerohanian selepas insiden yang berlaku di Oscars.

    Peminat sedia maklum bahawa Smith merupakan seorang pengikut kepada ajaran Sadhguru.

    Kejadian menampar Rock di atas pentas telah memberi kesan besar kepada Smith apabila dia dikatakan sebagai seorang yang gagal mengawal kemarahan.

    Dalam masa sama, ada juga yang mempertahankan Smith kerana tindakan spontan itu untuk mempertahankan isterinya Jada Pinkett Smith.

    Susulan kes tersebut, Smith tidak dibenarkan menghadiri Anugerah Akademi dan mana-mana acara anjuran lembaga akademi selama 10 tahun. – Agensi

    Will Smith dilaporkan terbang ke India beberapa hari lalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...