Monday, January 13, 2025
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adam berazam teruskan aksi cemerlang di Valencia

    KUALA LUMPUR, 26 APRIL – Selepas mencapai sasaran menaiki podium di Portugal, pelumba muda Malaysia Adam Norrodin berazam meneruskan aksi cemerlang dalam saingan Kejuaraan FIM CEV Repsol 2021 di Litar Ricardo Tormo, Valencia, Sepanyol pada bulan depan.

    Pelumba pasukan Liqui Moly Intact SIC Racing Team bagi saingan Moto2 itu berharap kerja keras dipamerkan rakan sepasukannya sepanjang saingan minggu lepas dapat diteruskan pada perlumbaan berikutnya.

    “Alhamdulillah saya mencapai sasaran untuk dapat kedudukan podium pada perlumbaan pertama, terima kasih kepada kru terlibat yang bekerja keras serta kepada semua yang menyokong saya sehingga memastikan ia (kejayaan) terjadi minggu ini.

    “Pada perlumbaan kedua ada berlaku kesilapan di peringkat awal tetapi tetap berjaya menamatkannya di tempat keempat, jadi masih terdapat ruang untuk diperbaiki pada perlumbaan di Valencia nanti,” katanya dalam rakaman video kepada pemberita.

    Semalam, Adam menamatkan perlumbaan pertama di Litar Estoril, Lisbon, di kedudukan ketiga dengan catatan masa 30 minit dan 49.938 saat. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda