Adam beri penghormatan terakhir kepada Kelly

Vokalis kumpulan muzik terkenal antarabangsa Maroon 5, Adam Levine memberi penghormatan terakhir kepada mendiang aktres Kelly Preston, 57, yang pernah membintangi video muzik She Will Be Loved.

Adam, 41, berkongsi foto daripada video tersebut menerusi laman Instagram pada Ahad lalu.

Di dalam video tersebut, Kelly membawa watak sebagai kekasih gelap Adam yang juga merupakan teman lelaki kepada anak perempuannya.

“Ciuman pura-pura pertama saya… kami akan merindui awak, Kelly. Awak sentiasa ada tempat di hati saya,” tulis Adam.

She Will Be Loved yang dilancarkan pada tahun 2004 merupakan antara lagu ikonik kumpulan tersebut.

Video muzik lagu tersebut sudah mencecah 552 juta tontonan sejak ia dimuat naik di YouTube pada tahun 2009. – Agensi