Tuesday, October 3, 2023
33.4 C
Brunei

    -

    Adam optimis sambar emas Jujitsu

    KUALA LUMPUR, 12 APRIL – Atlet jujitsu Malaysia, Adam Akasyah optimis untuk menyambar pingat emas di Sukan SEA Hanoi yang dijadualkan pada 12 hingga 23 Mei ini berdasarkan pengalamannya beraksi di peringkat antarabangsa.

    Atlet berusia 22 tahun yang membawa pulang pingat gangsa kategori lelaki bawah (B) – 69kg pada edisi lepas turut mendapat keyakinan itu kerana persiapan yang lebih rapi pada kali ini selepas mengharungi kem latihan pusat sejak tujuh minggu lalu.

    “Sasaran pasukan adalah perak tapi sasaran peribadi saya untuk menang emas. Saya dah banyak menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa dan berjaya mengatasi peserta Sukan SEA yang lain, jadi meletakkan keyakinan untuk meraih emas.

    “Persediaan (kali ini) baik, kami telah melakukan latihan pergerakan dan untuk diri sendiri, bertuah kerana mempunyai pakar pemakanan, Jadi insya-Allah saya cuba yang terbaik,” katanya pada sidang media skuad jujitsu Sukan SEA di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini.

    Ditanya mengenai pencabar utama beliau kali ini, Adam menamakan juara bertahan dari Thailand, Banpot Lertthaisong dan pemenang emas kategori B-62kg Noah Lim dari Singapura yang kali ini menukar kategori ke B-69kg.

    Sementara itu, Cassandra Poyong mahu menampilkan aksi yang lebih baik pada kali ini, selepas mengejutkan ramai pihak dengan pencapaian pingat perak kategori B-62kg wanita pada edisi 2019 apabila jujitsu dipertandingkan buat julung kali di Sukan SEA. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 termasuk 12 anak damit maut dalam 24 jam di hospital

    NEW DELHI, 3 OKT - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...