Wednesday, February 1, 2023
27.2 C
Brunei

-

Adani kini lelaki ketiga terkaya dunia

MUMBAI, 30 OGOS – Usahawan India, Gautam Adani menjadi lelaki ketiga terkaya dunia, menurut Bloomberg Billionaires Indeks hari ini, kali pertama individu dari Asia berada di kedudukan tiga teratas.

Jutawan itu menyaksikan nilai kekayaannya meningkat dua kali ganda kepada AS$137.4 bilion tahun lalu, melonjak 20 kedudukan dalam indeks dan kini berada di belakang Elon Musk dan Jeff Bezos, menurut laporan Bloomberg News.

Adani, 60, meraih kekayaannya dalam bidang pelabuhan dan komoditi perdagangan dan kini menguruskan konglomerat ketiga terbesar di India dengan peniagaan merangkumi perlombongan arang batu dan minyak makan hingga ke lapangan terbang dan media berita.

Pelonjakan nilai kekayaannya menggambarkan peningkatan dalam pasaran kapitalisme bagi syarikat-syarikatnya yang disenaraikan dalam dagang awam, di mana para pelabur menyokong perkembangan agresif Adani Group bagi perniagaan-perniagaan lama dan baharu.

Saham dalam Adani Enterprises – yang mana jutawan itu memegang 75 peratus saham syarikat – melonjak le-bih 2,400 peratus sejak Mac 2020, dan nilainya meningkat dua kali ganda dalam tempoh enam bulan.

Peningkatan harga saham dalam kumpulan lain syarikat itu termasuk Adani Transmission, Adani Power, Adani Ports dan Adani Green Energy telah melonjakkan Adani menewaskan rakan jutawan senegaranya, Mukesh Ambani.

Dilahirkan di bandar Ahmedabad di wilayah barat Gujarat dalam keluarga kelas pertengahan, Adani berhenti dari kolej untuk bekerja dalam industri batu permata sebelum memulakan perniagaan eksport pada 1988.

Pada 1995, dia memenangi kontrak untuk membina dan mengendali pelabuhan perkapalan komersial di Mundra di Gujarat, yang kini berkembang menjadi pelabuhan terbesar India.

Pada masa yang sama, Adani mengembangkan perniagaan dalam bidang penjanaan tenaga termal dan lombong arang batu di India dan di luar negara. – AFP

Gautam Adani menjadi lelaki ketiga terkaya dunia menurut Bloomberg Billionaires Indeks dan merupakan individu pertama dari Asia untuk berada di kedudukan tiga teratas. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korban bom masjid meningkat lebih 90

PESHAWAR, PAKISTAN, 31 JAN – Pengeboman berani mati yang berlaku di masjid dalam ibu pejabat polis daerah Peshawar dan kawasan kerajaan di barat laut...
- Advertisment -