Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Adaptasi Robot, AI ternak udang

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OGOS – Universiti Teknologi Brunei (UTB) melalui Pusat Penyelidikan Agrimakanan dan Teknologi (CrAFT); Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP); dan O.D.E. Aqua-culture and Agriculture Company telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) berkaitan penyelidikan dan inovasi penternakan udang air tawar.

    UTB dalam kenyataannya hari ini, mengatakan kerjasama itu adalah untuk menyokong usaha kerajaan dalam mengadaptasi penggunaan robot dan kecerdasan buatan (AI) oleh perniagaan kecil dan sederhana untuk menyelesaikan cabaran signifikan dalam pengeluaran udang air tawar.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Naib Canselor UTB, Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman.

    Turut hadir pegawai utama UTB, ahli projek, dan kakitangan UTB dan KSSUP.

    Menandatangani bagi pihak UTB ialah Penolong Naib Canselor (Penyelidikan), Profesor Dr Mohamed Hasnain Isa, manakala Jabatan Perikanan diwakili oleh pengarahnya, Dayang Noraini binti Haji Anggas, dan O.D.E ditandatangani oleh pengurus syarikat, Awang Muhammad Zuhairi bin Haji Awang Azahari.

    Projek kerjasama itu diketuai oleh Penolong Profesor Kanan Bidang Program Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Fakulti Kejuruteraan sebagai Penyiasat Utama Projek, Dr Lim Tiong Hoo.

    Menurut Dr Lim Tiong Hoo, projek itu telah dianugerahkan geran penyelidikan berjumlah lebih $100,000 di bawah Skim Penyelidik Kerjaya Awal Pautan Institusi UK-ASEAN dan Pertubuhan Maya ICT NICT dan Institut ASEAN (ASEAN IVO).

    Pemberian geran itu akan menjadi asas untuk kerjasama antara UTB, O.D.E dan KSSUP bagi peluang untuk meneroka bersama dalam penyelidikan dan inovasi yang boleh memanfaatkan kelebihan IR 4.0 kepada industri, ekonomi dan masyarakat.

    Majlis penandatanganan MoU antara UTB, Jabatan Perikanan dan O.D.E. – Gambar serahan UTB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...