Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    ADB bantu rancang pembangunan ibu negara baharu Indonesia

    JAKARTA, 18 MAC – Bank Pembangunan Asia (ADB) akan membantu Indonesia merancang pembangunan di ibu negara baharunya Nusantara, sebagai sebuah bandar neutral karbon dan inklusif.

    Bank itu berhasrat berkongsi pengalaman di peringkat antarabangsa bagi membantu Lembaga Ibu Negara Nusantara (NNCA) mereka bentuk dan membiayai pembangunan bandar itu, kata naib presiden ADB untuk Asia Timur, Asia Tenggara dan Pasifik, Ahmed M. Saeed.

    NNCA, sebuah agensi kerajaan bertanggungjawab merancang dan membina ibu negara Indonesia, turut berperanan menyelia peralihan kerajaan dan pentadbiran ke bandar itu.

    Dalam satu kenyataan hari ini, Ahmed berkata pihaknya akan membantu NNCA menilai potensi terhadap alam sekitar dan sosial Nusantara, serta menggerakkan pembiayaan sektor awam dan swasta demi menyokong pembangunannya.

    Sebagai langkah pertama, bank itu akan menyokong usaha NNCA menganjurkan persidangan antarabangsa bagi mengetahui cara negara lain mengendalikan pembangunan bandar neutral karbon dan inklusif. – Bernama

    Gambar fail orang ramai merakamkan gambar di Senayan Park, Jakarta, 23 Jan. ADB akan membantu Indonesia membangunkan ibu negara baharu, Nusanatara di Kalimantan setelah ia menggantikan Jakarta sebagai ibu negara Indonesia kelak. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...