Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    ADB gesa ASEAN tingkat kualiti hidup bangunkan masyarakat berdaya tahan

    MANILA, 25 MEI – ASEAN perlu berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat di rantau ini untuk membina komuniti yang berdaya tahan dan kembali pulih dengan lebih cepat, lapor Xinhua memetik laporan Bank Pembangunan Asia (ADB) hari ini.

    Untuk mencapai kemajuan, rantau ini perlu memberi tumpuan dalam usaha memastikan rakyat boleh membaca, pintar matematik dan sains, pemakanan yang lebih baik selain akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti, menurut laporan bank yang berpangkalan di Manila itu.

    “Ketika rantau ini pulih daripada pandemik, sistem kesihatan perlu diperkukuh, meningkatkan kualiti pendidikan selain menambah baik pemakanan akan melengkapkan pekerja muda dari segi fizikal, mental, dan emosi serta meningkatkan produktiviti mereka,” kata Ketua Pengarah ADB untuk Asia Tenggara Winfried Wicklein.

    Laporan itu juga menggesa negara ASEAN supaya melabur dalam kemahiran digital, infrastruktur dan kewangan untuk mengurangkan kos perniagaan dan membangunkan rantau yang lebih berdaya saing.

    Sekatan pandemik yang dilaksanakan di negara ASEAN menyebabkan penguncupan 3.2 peratus keluaran dalam negara kasar di rantau ini pada 2020, manakala pertumbuhan meningkat kepada 3.5 peratus pada 2021 dan 5.6 peratus pada 2022, menurut laporan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...