Sunday, January 26, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    ADB semak turun unjuran rantau Asia

    KUALA LUMPUR, 14 DIS – Bank Pembangunan Asia (ADB) menyemak turun unjuran pertumbuhan ekonominya untuk rantau Asia membangun kepada 7.0 peratus tahun ini dan 5.3 peratus tahun depan, selepas wabak baharu COVID-19 membawa kepada pertumbuhan yang lebih perlahan pada suku ketiga.

    Bank itu sebelum ini menganggarkan rantau berkenaan akan berkembang 7.1 peratus tahun ini dan 5.4 peratus untuk 2022.

    Pemangku Ketua Ekonomi Joseph Zveglich, Jr. berkata kemajuan mantap rantau Asia membangun dalam menangani COVID-19, melalui pemberian vaksinasi yang berterusan dan penerapan langkah pembendungan yang lebih strategik, membantu meningkatkan prospek pertumbuhan pada awal tahun. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda