Thursday, September 29, 2022
31.9 C
Brunei

ADB: Sistem makanan berdepan tekanan

-

JAKARTA, 16 SEPT – Bank Pembangunan Asia (ADB) mendapati sistem makanan kini berdepan tekanan yang semakin meningkat akibat cuaca ekstrem, kesan pandemik COVID, gangguan rantaian bekalan, serta ketakjaminan makanan dan peningkatan konflik.

Keadaan ini mencetuskan kenaikan harga makanan global seperti dinyatakan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Indeks Harga Makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menyaksikan peningkatan hingga 54 peratus dari Mei 2020-Jun 2022.

“Krisis makanan yang semakin meningkat bermakna lebih ramai keluarga akan kebuluran setiap hari di negara membangun di Asia,” kata ketua Program Pembiayaan Rangkaian Perdagangan dan Bekalan (TSCFP) ADB, Steven Beck.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata bank itu meningkatkan had risiko TSCFP ke atas jaminan pembiayaan perdagangan untuk import makanan sebanyak AS$300 juta bagi mengurangkan krisis yang semakin teruk di Asia dan Pasifik.

“Had baharu lebih tinggi membolehkan kami dan bank mengembangkan pembiayaan perdagangan serta meningkatkan keselamatan makanan di Asia,” katanya.

Sejak Mac 2021, TSCFP menyokong lebih 1,900 import berkaitan makanan dan pertanian bernilai AS$2.3 bilion kepada 10 negara membangun di Asia, terutamanya Bangladesh, Vietnam dan Pakistan.

Disokong oleh penarafan kredit AAA ADB, TSCFP menyediakan pinjaman dan jaminan kepada lebih 200 bank rakan kongsi bagi menyokong perdagangan, mewujudkan peluang import dan eksport untuk perusahaan di seluruh Asia dan Pasifik. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Penjawat awam dilarang luah pendapat di media sosial

COLOMBO, 28 SEPT – Sri Lanka hari ini mengarahkan penjawat awam untuk tidak meluahkan pendapat mereka di media sosial selepas beberapa orang pegawai mendakwa...
- Advertisment -