ADB umum pakej penyelamat virus AS$20 bilion

MANILA, 13 APRIL – Bank Pembangunan Asia (ADB) berkata hari ini ia akan memperuntukkan pakej besar berjumlah AS$20 bilion untuk membantu negara-negara anggota membangun yang berdepan kesan ekonomi akibat pandemik koronavirus.

Dana itu merupakan tiga kali ganda pakej yang diumumkan sebulan yang lalu, yang ADB berhasrat untuk merangsangnya ketika skala impak jangkitan semakin bertambah.

Hampir seluruh ekonomi di dunia ditutup serentak, dengan para pekerja diarahkan untuk berkurung dalam rumah bagi mencegah virus tersebut menular, yang sudah pun mulai menunjukkan kemelesetan teruk.

Kes-kes COVID-19 secara rasminya dilaporkan di seluruh dunia telah meningkat 1.8 juta dan mengorbankan sekitar 115,000 nyawa seluruh dunia.

“Skop dan skala krisis menjadikan ia sangat mustahak bagi ADB untuk mengembangkan sokongannya,” kata Presiden Bank, Masatsugu Asakawa dalam kenyataan video.

Sekitar AS$13 bilion dalam pinjaman akan digunakan untuk membantu anggota-anggota negara membangun yang dilanda virus itu bagi mengisi jurang belanjawan, dengan kasarnya sekitar AS$2 bilion bagi sektor swasta.

Peringkat negara anggota-anggota membangun adalah dari Afghanistan dan Myanmar hingga India dan China.

ADB memberi amaran awal bulan ini yang pandemik boleh menelan kos ekonomi global sekitar AS$4.1 trilion ketika ia memusnahkan ekonomi AS, Eropah dan ekonomi negara besar lainnya. – AFP