Adebayor berjauhan kerana dikuarantin

ASUNCION, 25 MAC – Bekas pemain Manchester City, Real Madrid dan pemain antarabangsa Togo, Emmanuel Adebayor tersekat dalam kuarantin di Benin akibat pandemik (COVID-19), kata kelabnya, Olimpia di media sosial.

Adebayour yang berusia 36 tahun itu mengambil keputusan untuk kembali ke negaranya dalam tempoh kuarantin yang diisytiharkan oleh kerajaan Paraguay, kata Olimpia kelmarin.

Walau bagaimanapun, ketika cuba pulang ke rumah, dia dimasukkan ke dalam kuarantin di sebuah hotel di pelabuhan Cotonou, bandar terbesar di Benin, bersama 84 orang lagi pelancong yang lain, kata Olimpia.

“Keputusannya adalah untuk menghabiskan masa bersama keluarganya,” kata Olimpia mengenai percubaan Adebayor untuk pulang dari Paraguay ke Togo. – AFP