Friday, March 31, 2023
27.2 C
Brunei

-

Adele dah bertunang

Penyanyi, Adele dilaporkan sudah mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihan hatinya iaitu Rich Paul selepas dua tahun bercinta.

Memetik laporan The News, Adele dan Rich Paul bakal berkahwin pada musim panas yang bakal tiba tahun ini.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh seorang yang sangar rapat dengan Adele.

“Ya! Adele dan Rich akan berkahwin pada musim panas tahun ini,” katanya.

Lebih menguatkan lagi spekulasi apabila penyanyi berusia 34 tahun itu dilihat mengenakan cincin berlian di jari manis semasa melakukan persembahan baru-baru ini.

Sebelum ini, penyanyi, Adele memaklumkan bahawa dia sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama Rich.

Malah penyanyi yang terkenal dengan lagu Someone Like You itu turut memberi bayangan bakal bertunang selama setahun sebelum mendirikan rumah tangga.

Adele juga pernah memberitahu bahawa dia kini sedang bahagia selain tidak sabar untuk memiliki anak bersama kekasihnya itu. – Agensi

Adele dan Rich Paul bertunang selepas dua tahun bercinta. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -