Adele ubah gaya hidup demi Angelo

Bintang pop, Adele kini melangkah satu fasa baharu dalam kehidupannya dan kini beliau tampil dengan gaya hidup yang baharu.

Penampilan dan gaya hidup baharu itu dipercayai dilakukannya demi anaknya Angelo. Menurut People, Adele juga mengubah cara hidupnya selepas Angelo mula memasuki alam persekolahan dan dia selesa dengan kehidupan sebagai seorang ibu.

“Adele sangat aktif terlibat dalam persekolahan anaknya.

“Dia mencintai dunia keibuannya. Dia mengubah seluruh caranya berfikir untuk menjalankan gaya hidup sihat dan tidak pernah lagi menoleh ke belakang,” jelas sumber yang dekat dengan penyanyi itu. Adele yang dipercayai bercerai dengan bekas suaminya, Simon Konecki, pada September lalu menyatakan mahu fokus membesarkan anaknya.

“Dia adalah seorang artis dan ibu. Dia perlu memastikan bahawa dia boleh mengendalikannya kedua-duanya secara sempurna,” tambahnya. Adele merasa apa yang dia lakukan bukan semata-mata untuk menurunkan berat badan, namun hal itu membuatnya berasa lebih kuat. – Agensi

Adele kini tampil dengan gaya hidup baharu demi peranannya sebagai seorang ibu kepada Angelo. – Agensi