Friday, August 12, 2022
26.5 C
Brunei

ADF tumpukan pembangunan inklusif komuniti ASEAN

-

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Bersempena Sambutan Hari Antarabangsa Orang Kelainan Upaya (OKU), Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (MKOKU), Sekretariat ASEAN Disability Forum (ADF) dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mengadakan Persidangan ADF 2021 secara maya, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya
Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Yang Berhormat Dato dalam ucapannya berkata, forum berkenaan mencerminkan usaha berterusan seluruh ASEAN ke arah membina komuniti inklusif di mana penyertaan mereka yang berkebolehan berbeza dalam semua bidang direalisasikan dan dikekalkan.

“Inilah yang kita kehendaki di bawah ASEAN Enabling Masterplan 2025. Ia juga berdasarkan Deklarasi Bali mengenai Peningkatan Peranan dan Penyertaan OKU dalam Komuniti ASEAN (2011) dan Rangka Kerja Mobilisasi OKU ASEAN (2011-2020),” ujar beliau.

Yang Berhormat Dato seterusnya berkata, di bawah pengerusi ASEAN tahun ini, melalui ASEAN Socio Cultural Community Pillar atau yang biasa dirujuk sebagai Tonggak Rakyat, pihaknya terus memberi tumpuan kepada pembangunan keseluruhan Komuniti ASEAN, serta kesejahteraan rakyat.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika menghadiri Persidangan ADF secara maya. – Gambar serahan KKBS

Terdahulu, Persidangan ADF dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Yang Di-Pertua MKOKU, Dato Paduka Haji Mohd Alimin bin Haji Abdul Wahab, diikuti dengan kata-kata aluan oleh Pengerusi ADF, Lim Puay Tiak sebelum ucapan perasmian tetamu kehormat.

Majlis diikuti dengan tayangan video mengenai aktiviti-aktiviti dan pencapaian OKU dari MKOKU dan sembilan persatuan yang bergabung dengannya.

Antara pengisian utama persidangan ialah pembentangan ucaptama bertajuk ASEAN Enabling Masterplan 2025: Mainstreaming the Rights of Persons with Disabilities During and Beyond COVID-19 oleh Timbalan Setiausaha Agung Komuniti Sosiobudaya ASEAN (ASCC), Ekkaphab Phanthavong.

Kemudian, acara sesi forum bertajuk Enabling Education Towards Employment Amongst PWD In The New Norm dan Digital and Assistive Technology: Active Participation.

Manakala itu, majlis penutup mendengarkan pengumuman cadangan dan kenyataan oleh ketua rapporteur, diikuti dengan ucapan penutup oleh Dato Paduka Haji Mohd Alimin dan diakhiri dengan penyerahan tuan rumah Persidangan ADF 2022 kepada Kemboja.

Para peserta persidangan berkenaan ialah pelbagai stakeholder dari negara-negara anggota ASEAN di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

DXY disekat kritik rawatan herba COVID

BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana 'melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan', beberapa...
- Advertisment -