Sunday, April 21, 2024
25 C
Brunei

    -

    Adi 6ixth Sense duet bersama Nabila Razali

    Sekian lama menyepi, vokalis kumpulan 6ixth Sense, Adi Priyo muncul dengan single terbaharu berjudul Tulus gandingan bersama penyanyi Nabila Razali.

    Menurut Adi atau Adi Priyo Sambodo, 40, projek istimewa ini merupakan hadiah untuk peminat yang sudah lama menantikan buah tangan terbaharunya.

    “Ini hadiah saya untuk mereka. Saya harap peminat dapat menerima lagu ini sama seperti karya-karya sebelum ini,” katanya.

    Tulus berkisahkan tentang sebuah perjalanan dalam perhubungan cinta yang mulai renggang antara satu sama lain. Ego membuatkan masing-masing hanya memendam rasa rindu dan cinta antara mereka.

    Tulus merupakan kolaborasi antara tiga syarikat iaitu Nabila Razali Entertainment, Global Keynote dan Alternate Records Sdn Bhd serta diedarkan oleh Universal Music Malaysia.

    Lagu ciptaan sepenuhnya komposer Aiman Sidek ini turut dipilih menjadi runut bunyi drama yang sedang ditayangkan di slot Samarinda di TV3, Bukan Puteri Lindungan Bulan lakonan Janna Nick dan Hisyam Hamid.

    Tulus boleh distrim di semua platform digital bermula 29 Mac 2023, manakala muzik video rasmi akan menyusul di saluran YouTube Nabila Razali Entertainment. – Agensi

    Adi muncul dengan single terbaharu bersama Nabila Razali. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...