Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Adi Salihin harumkan nama negara

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MEI – Atlet wushu Negara Brunei Darussalam, Mohammad Adi Salihin bin Roslan sekali lagi berjaya mengulangi kejayaan beliau seperti temasya Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) sebelum ini dengan merangkul pingat emas yang berharga bagi negara kelmarin.

    Pada kali ini, Mohammad Adi Salihin meraih pingat tersebut dalam acara wushu nanquan lelaki, setelah berjaya mengalahkan atlet Indonesia yang terpaksa berpuas hati dengan kutipan pingat perak. Manakala bagi pingat gangsa pula disandang oleh atlet tuan rumah, Vietnam.

    Berdasarkan pencapaian emas kedua Sukan SEA tersebut, beliau telah menjadi salah seorang atlet paling berjaya setakat ini dan sekaligus menaikkan nama sukan wushu di negara ini. Beliau merupakan atlet Brunei yang pertama meraih dua pingat emas berturut-turut dalam temasya Sukan SEA dalam acara individu sejak tahun 1977 melalui sukan wushu dalam acara taolu.

    Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin semasa ditemui pihak media pada pagi ini mengongsikan bahawa kontinjen negara yang menyertai Sukan SEA pada kali ini telah memperolehi satu pingat emas, satu pingat perak dan satu gangsa daripada dua jenis sukan iaitu wushu dan pencak silat.

    Pada masa yang sama Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan turut mengongsikan hasrat agar para kontinjen dapat membawa seberapa banyak pingat yang boleh seperti mana yang dihasratkan oleh negara.

    Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan semasa ditemui pihak media kelmarin.
    Atlet wushu negara, Mohammad Adi Salihin (tengah) berjaya meraih pingat emas dalam acara wushu nanquan lelaki kelmarin. – Gambar serahan Urus Setia

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...