Adib rekodkan kemenangan

Oleh Fadhil Yunus

BRUNEI DARUSSALAM, 19 FEB – Peserta seni bela diri campuran Negara Brunei Darussalam, Adib Sulaiman, telah berjaya memperbaiki rekod beliau dengan mencatatkan tiga kemenangan dan tewas sebanyak dua kali setelah berjaya menewaskan peserta dari India, Susovan Ghosh menerusi penyingkiran teknikal (TKO) dalam pusingan kedua, One Warrior siri ke-10.

Bertanding bagi divisyen berat 56.7kg, Adib Sulaiman adalah salah seorang perserta yang semakin meningkat dalam MMA Brunei, menewaskan lawan beliau yang berpengalaman berusia 37 tahun, Susovan Ghosh.

Sebaik memasuki pusingan ketiga, peserta Brunei, yang lapan tahun lebih muda daripada lawannya, telah membuat tumbukan tangan kanan ke dagu lawan, yang kemudian menghilangkan keseimbangan badan lawan lalu menjatuhkannya.

Tatkala melihat dirinya semakin tewas, Susovan dengan pantas kembali bangkit dan kedua-dua atlet kembali beraksi, di mana Adib telah terjatuh di gelanggang.

Dengan kedua-dua atlet kekal di lantai, Adib berusaha melakukan ‘kimura’ di mana Adib cuba menyasarkan tangan kiri lawan.

Adib, yang melakukan debut pada siri pertama One Warrior, menyiku bahagian tepi badan lawan untuk mengurangkan momentum lawan untuk maju ke hadapan.

Peserta dari Brunei tersebut, melakukan tumbukan ke atas lawan yang terbaring di sudut gelanggang.

Susovan melakukan takedown tanpa melakukan pergerakkan penting dan hanya bertahan.

Perlawanan menjadi sedikit tegang di saat-saat penghujung pusingan kedua, dengan masa rehat semakin dekat. Susovan berulang kali dilihat cuba untuk menjatuhkan Adib akan tetapi Adib kekal sabar dan tidak terlalu menyerang.

Dengan Susovan jelas kelihatan penat, telah memberi kesempatan kepada Adib untuk membuat beberapa tumbukan pendek dan menewaskan lawan beliau dengan tumbukan hook yang menyebabkan pengadil perlawanan, Tommy Santana menghentikan perlawanan serta-merta.

Perlawanan One Warrior tersebut, merupakan acara pertama pada tahun ini.

Peserta-peserta MMA dari serata dunia termasuk dari Extonia, New Zealand, Mesir, Ukraine, Amerika Syarikat dan Australia bersaing untuk mendapatkan kontrak lumayan dan peluang untuk menempa nama di pertandingan One Championship.

Gambar serahan Adib Sulaiman menunjukkan beliau bersama bendera kebangsaan negara selepas perlawanan tersebut.