Adidas terus taja DFB

FRANKFURT AM MAIN, 11 Sept – Adidas semalam berkata ia akan meneruskan penajaannya ke atas Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) sehingga 2026, dalam usaha untuk menggalakkan percubaan organisasi itu untuk bangkit daripada bencana Piala Dunia.

“Saat ini menyerlahkan falsafah penajaan unik Adidas: kami bertahan bersama rakan kami selama bertahun-tahun, terutama sekali pada saat penting,” kata ketua eksekutif Adidas Kasper Rorsted dalam satu kenyataan yang mengumumkan pelanjutan empat tahun itu bersama DFB.

Ketika dihubungi AFP, jurucakap firma yang berpangkalan di Bavaria enggan mengulas mengenai jumlah tajaan tahunan Adidas dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Sebelum ini, ia telah ditetapkan sebanyak AS$58 juta setiap tahun.

Keberatan untuk kehilangan hubungan bersama DFB selepas lebih 50 tahun, jenama sukan bersama tiga jalur itu telah menggandakan tawaran sebelumnya untuk menyaingi pesaingnya, Nike.

Namun begitu, perlawanan persahabatan minggu lalu telah menyaksikan kemenangan Jerman ke atas Peru, 2-1.

Ia adalah kemenangan pertama pengendali Joachim Loew selepas dikritik keras susulan kegagalan skuadnya mara ke peringkat kumpulan Piala Dunia yang lalu di Rusia.

Ketegangan memuncak apabila pemain midfield Mesut Ozil membuat keputusan untuk tidak beraksi buat Jerman dengan mendakwa presiden DFB Reinhard Grindel sebagai rasis.

Adidas “menyambung kontrak mereka sebagai tanda kepercayaan yang kukuh dan tarikan kepada DFB,” kata Grindel semalam, dengan menambah ia akan menggalakkan kempen Jerman yang menjadi tuan rumah kejohanan Euro 2024 dan sokongan persekutuan terhadap bola sepak amatur. – AFP