Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Adik Heliza Helmi terkejut gosip kena lamar Shuib

    Tiada angin tiada ribut tiba-tiba nama adik kepada pelakon Datin Seri Heliza Helmi iaitu Hazwani Helmi dikaitkan dengan pelawak Shuib.

    Mengakui terkejut mendengar gosip berkenaan, Hazwani atau nama sebenar Nur Hazwani Afiqah Helmi, 25, berkata khabar angin itu adalah tidak benar.

    “Terkejut macam mana wujud gosip itu, memang tak benar sama sekali. Rasanya Shuib pun terkejut agaknya sebab kami memang tidak pernah berjumpa, tidak pernah berhubung dan tidak pernah ada urusan.

    “Semasa saya dapat tahu berita ini saya baru balik kelas, ada orang tag di Instagram… tertanya bila masa pula kena kaitkan dengan Shuib ni? Terkejut tapi tak ada la ambil masa lama sangat sebab tahu benda ni tidak betul.

    “Saya hanya kenal dia sebagai pelawak dan artis sahaja, tak kenal secara peribadi,” katanya kepada mStar.

    Mengakui terkejut mendengar gosip berkenaan, Hazwani berkata khabar angin itu adalah tidak benar. – Agensi

    Hazwani ditemui semasa pelancaran filem Road To Heaven yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS), Ampang, Kuala Lumpur kelmarin.

    Menerusi laporan media pada Januari lalu, nama Hazwani tiba-tiba menjadi sebutan warganet apabila dikatakan sedang mengenali bapa tunggal anak empat itu. Tampil menafikan gosip berkenaan, Shuib mengakui terkejut apabila mengetahui khabar angin tersebut dan memberitahu tidak mengenali Hazwani secara peribadi.

    “Saya tidak pernah berjumpanya. Jadi, macam mana pula kami boleh dikaitkan?” komen Shuib.

    Sementara itu, Hazwani yang juga merupakan aktivis kemanusiaan ini meminta warganet menapis terlebih dahulu sebarang berita yang diterima di media sosial.

    Dalam perkembangan lain, Hazwani bersama Heliza bakal membintangi filem Road To Heaven yang bakal menjalani penggambaran di Palestin pada Jun depan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...