Adik jurulatih Napoli meninggal dunia

MILAN, 3 JUN – Adik kepada jurulatih Napoli Gennaro Gattuso, Francesca telah meninggal dunia pada usia 37 tahun setelah empat bulan berada di hospital, kelab Serie A dan AC Milan mengumumkan semalam.

Francesca Gattuso, yang bekerja selama bertahun-tahun sebagai setiausaha di AC Milan, meninggal dunia di Busto Arsizio.

Dia menderita penyakit yang jarang berlaku dan menjalani operasi terakhirnya pada awal bulan Februari lalu. Sejak itu dia berada dalam rawatan intensif.

“Francesca Gattuso menghadapi penyakitnya dengan kekuatan dan tenaga yang sama yang dia bawa ke Milanello dan AC Milan setiap hari,” kata AC Milan dalam satu kenyataan. – AFP

Reaksi Gennaro Gattuso ketika menyaksikan perlawanan pasukannya pada perlawanan lalu. Adik Gennaro meninggal dunia akibat menderita penyakit yang jarang berlaku. – AP