Adik maut makan cendawan, abang masih belum stabil

WARSAW, 2 SEPT – Seorang budak lelaki Afghanistan berusia lima tahun yang dipindahkan dari Kabul selepas Taliban mengambil alih negara itu telah meninggal dunia di Poland selepas memakan cendawan beracun manakala abangnya berusia enam tahun nazak, kata doktor hari ini.

Dua budak lelaki tiba di Poland bersama keluarganya pada 23 Ogos dan telah dikuarantin di kemudahan migran di bandar Podkowa Lesna dekat Warsaw.

Kanak-kanak memakan cendawan tersebut sehari selepas mereka tiba.

“Kematian otak telah disahkan hari ini…kami mengesahkan kanak-kanak itu mati,” kata Jaroslaw Kierkus, seorang doktor di Institut Kesihatan Memorial Kanak-kanak di Warsaw kepada wartawan.

Dalam kes abangnya, yang telah menerima pemindahan hati awal minggu ini, Kierkus berkata ‘ramalan ke atas penyembuhan budak lelaki itu kurang baik’.

Pejabat bagi Warga Asing, yang menjalankan pusat migran di Poland berkata sebelumnya bahawa lima orang telah mendapatkan bantuan perubatan atas masalah perut namun mereka pada awalnya tidak mengatakan telah memakan cendawan.

Dua budak lelaki dan kakaknya berusia 17 tahun telah dibawa ke hospital pada 26 dan 27 Ogos. Kakaknya kemudian dibenarkan keluar hospital. – AFP