Adik Salman Khan sering jadi bahan ejekkan

Kehidupan pelakon Salman Khan sering menjadi perhatian di dunia hiburan Bollywood.

Selain kisah karier dan kehidupan cinta Salman Khan, kisah keluarganya juga menjadi perhatian.

Salah seorang ahli keluarga yang menarik perhatian adalah Arpita Khan. Arpita ialah adik bongsu Salman Khan yang diketahui mempunyai wajah yang berbeza dari ahli keluarga yang lain.

Ini berlaku kerana Arpita Khan adalah anak angkat Salim Khan (bapa Salman Khan) yang ditemui di pinggir jalan di India.

Ibu bapa kandung Arpita Khan merupakan gelandangan yang meninggal dunia secara tiba-tiba di jalan. Arpita didapati menangis di jalan dan Salim Khan mengambilnya sebagai anak angkat.

Kehadiran Arpita Khan disambut baik oleh keluarga,terutamanya Salman Khan yang sangat menyayanginya. Meski begitu, ada saja yang masih mengejek fizikal Arpita Khan. Arpita Khan disebut-sebut memiliki paras yang tidak sepadan dengan keluarga Salman Khan.

Selain itu, warna kulit Arpita Khan disebut-sebut lebih gelap dari keluarganya. Meskipun kerap mendapat ejekan, Arpita Khan cukup bersabar dan kuat melaluinya.

Arpita Khan terus membuktikan prestasi dalam karier dengan bekerja sebagai pekerja swasta di salah satu syarikat reka bentuk dalaman ternama di Mumbai.

Selain itu, Arpita Khan bertuah kerana menemui cinta sejati iaitu seorang lelaki yang dengan tulus dapat mencintainya.

Lelaki tersebut adalah Aayush Sharma yang merupakan artis Bollywood. Aayush mempunyai wajah yang tampan.

Ramai yang menganggap Aayush mendekati Arpita Khan untuk memastikan karier dalam dunia Bollywood lebih lancar. Tetapi sebenarnya tanggapan itu salah. Selain menjadi artis Bollywood, Aayush Sharma merupakan usahawan muda yang berjaya.

Aayush Sharma adalah anak dari seorang hartawan kaya raya di Delhi.Selain itu, Aayush Sharma juga merupakan keturunan dari keluarga kaya.

Datuk Aayush Sharma merupakan bekas menteri di India. Walaupun Aayush mengetahui bahawa Arpita hanya anak angkat keluarga Salman Khan, namun cintanya kepada Arpita tetap kuat. Mereka telah bernikah dan kini telah dikurniakan dua orang cahaya mata. – Agensi

Salman Khan yang sangat menyayangi adiknya, Arpita Khan. – Agensi