Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Adira enggan hamil lagi

    Adira Suhaimi (gambar) bersyukur kehidupannya kini lebih lengkap dan sempurna selepas memiliki empat cahaya mata.

    Kali pertama bertemu wartawan selepas selesai tempoh berpantang melahirkan anak keempat, Ayub pada 29 September lalu, Adira berkata, dia seronok walaupun hidupnya kelam-kabut menguruskan empat cahaya mata yang masih kecil.

    “Jujurnya, saya seronok dan bersyukur dengan apa yang miliki. Dari segi kerjaya mahupun anak, semuanya rezeki Allah.

    “Saya percaya tumpang rezeki anak-anak dengan apa yang dikurniakan. Jika bertanya mengenai situasi, saya juga sudah biasa dengan keadaan kelam-kabut kerana boleh mengendalikan semua. Awalnya, saya pening kepala, tetapi lama-kelamaan saya boleh uruskan,” katanya kepada wartawan.

    Adira ditemui ketika majlis anjuran Body Flasshh di sebuah hotel di ibu kota.

    Diusik perancangan menambah bilangan anak, Adira berkata, dia dan suami bersetuju hanya memiliki empat cahaya mata.

    “Saya sudah ‘ikat’ selepas melahirkan anak keempat. Sebabnya, saya sudah empat kali melakukan pembedahan, jadi mungkin ada risiko sekiranya melahirkan anak lagi.

    “Atas sebab tertentu dan nasihat doktor, saya dan suami bersetuju untuk ‘ikat’. Cukuplah dua pasang cahaya mata.

    “Sekarang, saya fokus dengan empat cahaya mata dan kerjaya,” katanya.

    Adira yang juga pemenang Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-27 itu berkata, dia kini kembali aktif dengan kerjaya, tetapi masih memberi keutamaan pada anak.

    “Anak adalah keutamaan saya. Sebelum pergi bekerja, saya akan fikir anak dahulu.

    “Jujurnya, saya bukan memilih, tetapi saya kena fikir dahulu jika pekerjaan terlalu jauh dan lama.

    “Namun, setakat ini, syukur tiada halangan dan semuanya berjalan lancar. Mungkin saya sudah biasa dan mempunyai pembantu menjaga anak,” katanya yang bakal mengeluarkan single duet bersama Khai Bahar berjudul Pejam, tahun depan.

    Terdahulu, Adira mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, Asan, Anggun dan Ayub. – Agensi

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...