Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    ADMM-Plus ke-9 bersidang di Kemboja

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof telah mengetuai delegasi Negara Brunei Darussalam bagi menghadiri Mesyuarat Men-teri-menteri Pertahanan ASEAN Plus (ADMM-Plus) ke-9 yang berlangsung di Pusat Peranginan dan Konvensyen Sokha Siem Reap, Siem Reap, Kemboja, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan, di sini, turut menyertai delegasi berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Dasar, Kewangan dan Pentadbiran), Kolonel (B) Norsuriati binti Haji Sharbini sebagai ketua Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Pertahanan ASEAN Plus (ADSOM-Plus) Negara Brunei Darussalam serta pegawai lain Kementerian Pertahanan.

    Yang Berhormat Pehin turut mengetuai delegasi negara ke Mesyuarat Permukiman ADMM dan ADMM ke-16 pada Jun lalu.

    Program pagi tadi, bermula dengan kunjungan hormat bersama menteri-menteri pertahanan dan para wakil ADMM, ADMM-Plus dan Setiausaha Agung ASEAN kepada Perdana Menteri Kemboja, Tuan Yang Terutama Samdech Akka Moha Sena Padei Techo Hun Sen.

    TYT Samdech Akka Moha Sena Padei Techo Hun Sen telah menyampaikan ucaptama untuk merasmikan mesyuarat ADMM-Plus ke-9. Beliau antara lain mengiktiraf kepentingan ADMM-Plus sebagai platform kritikal bagi membina perpaduan, persefahaman bersama dan bertukar-tukar pandangan mengenai landskap keselamatan serantau secara telus
    dan harmoni serta mengangkat peranan multilateralisme dalam mempromosi keselamatan komprehensif di rantau ini.

    Di bawah tema ‘Perpaduan bagi Keselamatan Harmoni’, menteri-menteri pertahanan dan wakil bertukar-bertukar pandangan mengenai persekitaran serta isu-isu keselamatan serantau dan antarabangsa.

    Mereka menegaskan komitmen untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau ini.

    Mesyuarat diakhiri dengan penerimaan pakai Deklarasi Bersama oleh Menteri-menteri Pertahanan ADMM-Plus mengenai Kerjasama Pertahanan untuk Memperkukuh Perpaduan bagi Keselamatan Harmoni.

    Majlis serah terima kepengerusian daripada Kemboja kepada Republik Indonesia secara rasminya menutup kepengerusian Kemboja bagi ADMM dan mesyuarat-mesyuarat di bawahnya bagi 2022.

    Yang Berhormat Menteri di JPM semasa menghadiri mesyuarat berkenaan. – Gambar serahan Kementerian Pertahanan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...