Thursday, October 5, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    ADNOC, China meterai perjanjian AS$450-AS$550 juta

    DUBAI, 7 SEPT – Gas ADNOC Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan perjanjian bekalan gas asli cecair bernilai AS$450-AS$550 juta dengan PetroChina hari ini, perjanjian terbaharunya dengan pelanggan Asia.

    Tiada isi padu atau jangka masa yang diumumkan untuk kontrak itu, yang berikutnya selepas perjanjian dengan syarikat-syarikat Jepun dan India sejak Gas ADNOC yang dimiliki oleh kerajaan, sahamnya disenaraikan pada bulan Mac.

    “China terus menjadi pasaran utama bagi Gas ADNOC dan perjanjian itu mengukuhkan lagi peranan kami sebagai pembekal LNG utama di Asia Timur dan Selatan serta sekitar,” kata Ketua Eksekutif Ahmed Mohamed Alebri dalam satu kenyataan.

    Ia menyusuli perjanjian bekalan bernilai AS$7 hingga AS$9 bilion selama 14 tahun dengan Indian Oil Corporation pada bulan Julai dan kontrak lima tahun dengan JAPEX Jepun pada bulan lalu yang bernilai sehingga AS$550 juta.

    Pada bulan Mei, ADNOC Gas – dimiliki 90 peratus oleh syarikat minyak milik kerajaan ADNOC – juga menandatangani perjanjian bekalan tiga tahun dengan Total Energies Gas and Power Perancis yang dijangka bernilai sehingga AS$1.2 bilion. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Banjir kilat bunuh 8, 23 askar hilang

    NEW DELHI, 5 OKT - Hujan lebat secara tiba-tiba mencetuskan banjir kilat kelmarin di timur laut India yang membanjiri beberapa bandar, menghanyutkan sebuah jambatan...