Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    ADNOC Gas UAE meterai perjanjian bekalan China AS$450-550 juta

    DUBAI, 7 SEPT – Syarikat milik kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE), ADNOC Gas mengumumkan perjanjian bekalan gas asli cecair (LNG) bernilai AS$450-550 juta dengan PetroChina hari ini, yang merupakan perjanjian terbaharunya dengan pelanggan Asia.

    Tiada maklumat mengenai jumlah atau jangka waktu yang diumumkan untuk kontrak itu, yang menyusul perjanjian dengan syarikat Jepun dan India sejak penyenaraian saham ADNOC Gas pada bulan Mac.

    “China terus menjadi pasaran utama bagi ADNOC Gas, dan perjanjian ini mengukuhkan lagi peranan kami sebagai pembekal LNG utama di seluruh Asia Timur dan Selatan,” kata Ketua Eksekutif, Ahmed Mohamed Alebri dalam satu kenyataan.

    Ia menyusul perjanjian bekalan bernilai AS$7-9 bilion selama 14 tahun dengan Perbadanan Minyak India pada bulan Julai dan kontrak lima tahun pada bulan lalu dengan JAPEX Jepun bernilai sehingga AS$550 juta.

    Pada bulan Mei, ADNOC Gas – 90 peratus dimiliki oleh gergasi minyak UAE, ADNOC juga menandatangani perjanjian bekalan tiga tahun dengan TotalEnergies Gas and Power Perancis yang dijangka bernilai sehingga AS$1.2 bilion. – AFP

    Gambar fail menunjukkan ibu pejabat syarikat minyak UAE ADNOC di Dubai. – AFP

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...