Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Adriana Adnan tenang ditanya soal anak

    Hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga, soalan mengenai cahaya mata antara yang sering diajukan kepada pelakon dan pengacara Adriana Adnan.

    Mengakui tidak tertekan diasak pertanyaan itu, Adriana, 27, berkata dia dan suami iaitu Harez Hazim Hazrin menyerahkan soal zuriat itu kepada Allah SWT.

    Adriana ditemui ketika sidang media drama terbaharu lakonannya berjudul Seribu Nina yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.

    Adriana mendirikan rumah tangga dengan Harez pada September 2019.

    Gara-gara jarang berkongsi foto bersama di media sosial, ada warganet mendakwa hubungan pasangan ini sedang bermasalah.

    Menjawab mengenai perkara itu, pelakon drama Suri Hari Mr Pilot ini berkata media sosial adalah medium untuk dia berkongsi kisah kerjaya dan bukan hal berkaitan rumah tangga.

    Membawakan lapan watak berbeza dalam drama Seribu Nina arahan Umi Salwana Omar ini memberi satu kepuasan buat Adriana sekaligus membuktikan dirinya punya bakat sebagai pelakon selain menjadi penga-cara. Drama tersebut turut menampilkan pelakon Syafiq Kyle dan Marsha Milan bakal bersiaran di aplikasi Viu bermula 19 Mei. – Agensi

    Adriana tidak tertekan apabila kerap ditanya soal anak. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...