Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Aduan difailkan terhadap penjualan Telenor Myanmar

    YANGON, 8 FEB – Cadangan penjualan syarikat gergasi telekomunikasi Norway, Telenor subsidiari Myanmar boleh meletakkan data peribadi berjuta-juta pelanggan ke dalam tangan junta, menurut satu aduan yang difailkan hari ini.

    Myanmar dalam keadaan huru-hara sejak rampasan kuasa tahun lalu mencetuskan bantahan-bantahan besar dan tindakan keras berdarah tentera ke atas penentang.

    Telenor mengumumkan pada Julai lalu bahawa ia merancang untuk menjual subsidiarinya, Telenor Myanmar kemudian memetik permintaan junta supaya memasang peralatan pengawasan pada rangkaian berkenaan sebagai alasan meninggalkan negara itu.

    Cadangan penjualan kepada syarikat kewangan Lubnan, M1 Group dan sebuah konsortium yang dipimpin oleh seseorang yang dekat dengan junta telah diluluskan oleh tentera berkenaan, menurut satu laporan media setempat.

    Bagaimanapun, seorang rakyat Myanmar telah memfailkan aduan dengan Pihak Berkuasa Perlindungan Data Norway, mempertikaikan bahawa penjualan itu akan membawa kepada ‘pemindahan berbahaya bagi kawalan terhadap data pengguna yang sensitif’ milik lebih 18 juta pelanggan Telenor.

    Sebarang penjualan akan mencabuli peraturan-peraturan privasi Kesatuan Eropah (GDPR), aduan itu mempertikaikan, meminta badan itu menyiasat dan memastikan bahawa sebarang penjualan tidak mencerobohi hak-hak data mereka yang terjejas. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...