Aduriz bersara kerana kecederaan

MADRID, 21 MEI – Penyerang ikonik Athletic Bilbao, Aritz Aduriz, telah mengumumkan persaraan kelmarin dari bola sepak profesional selepas mendedahkan dia memerlukan pengganti pinggul.

Aduriz, 39, akan sentiasa dikenang mewakili Bilbao dengan empat gol ketika menentang Barcelona ketika memenangi Supercup 2015-2016, bahkan musim terakhirnya dia berjaya menjaringkan gol buat kelab Basques untuk menewaskan kelab Catalan di La Liga.

“Ini adalah penghujungnya buat saya – tidak dapat dilupakan kenangan gemilang dari mula hingga penghujung,” kata Aduriz mengenai musimnya bersama Bilbao.

“Doktor memberitahu saya untuk melakukan pembedahan, untuk mendapatkan prostetik untuk menggantikan pinggul saya dan mencuba menjalani kehidupan seharian saya seperti biasa. Malangnya badan saya telah mengatakan ‘cukup’”.

Aduriz mencatat senarai gol terbanyak La Liga sebanyak dua kali, pertama dengan 18 gol pada musim 2014-2015 dan kemudian dengan jaringan 20 gol pada musim berikutnya. – AFP

Penyerang Athletic Bilbao, Artiz Aduriz mengumumkan persaraan selepas terpaksa menjalani pembedahan di bahagian pinggul. – AFP