Monday, February 6, 2023
22.7 C
Brunei

-

Aediesopian juara pertandingan beyblade

Gambar serahan DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JAN – Awang Aediesopian bin Haji Ismail dari Pasukan Jaksuha Bladers dinobatkan sebagai juara Battle of Judgement Layer anjuran DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam yang diadakan sempena Shopper Fest Rimba Point, hari ini.

Beliau yang membawa pulang Toaster Oven 60L, free slot, sijil dan hamper selaku juara turut memenangi tempat kedua sekali gus menerima Induction Cooker, hamper dan sijil setelah menewaskan lawan di peringkat separuh akhir.

Sementara itu tempat ketiga disandang Pengiran Hasswandy bin Pengiran Haji Abu Bakar dari Pasukan Underground Beys dan keempat disandang oleh Faijal dari pasukan Santai Aja Bladers. Manakala itu, lapan pemenang lain menerima hadiah sagu hati.

Pertandingan berkenaan dianjurkan dengan kerjasama Shopper Fest Big Sale Rimba Point (Paking Lot) sebagai salah satu aktiviti sempena cuti penggal akhir persekolahan dan untuk menarik minat orang ramai mengenai permainan beyblade sekali gus menggalakkan orang ramai berbelanja di negara sendiri.

Awang Aediesopian menerima hadiah kejuaraan.
Aksi pemain semasa pertandingan beyblade berkenaan.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bekas Menteri dijatuhi hukuman penjara 2 tahun

SEOUL, KOREA SELATAN, 3 FEB - Mahkamah Korea Selatan hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada bekas Menteri Kehakiman, Cho Kuk, selepas dia...
- Advertisment -