Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Aediesopian ungguli pertandingan beyblade

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 SEPT – Awang Aediesopian bin Haji Ismail dari Pasukan Jaksuha Bladers berjaya merangkul tempat pertama, kedua dan ketiga dalam pertandingan beyblade (Judgement Battle) anjuran DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam, baru-baru ini.

    Beliau membawa pulang hadiah utama berupa freezer, Multimedia Speaker dan blender setelah mengalahkan pencabar lain sekali gus menjadi juara keseluruhan pertandingan yang diadakan di Teratak DBos, Kampung Mengkubau, Mentiri.

    Manakala tempat keempat disandang oleh Awang Muhammad Adam Rafiqin bin Rozaimi dari Pasukan Santai Aja Bladers.

    Pertandingan beyblade 128 slot (Battle of Judgement) itu disertai kira-kira 40 orang peserta dari pasukan-pasukan beyblade di negara ini seperti Santai Aja Bladers (SA), Ghostbeys (GB), Underground Beys (UG), Beyblade Community Brunei (BCB) dan Jaksuha Bladers (JB).

    Antara tujuan utamanya adalah untuk memupuk semangat setiakawan sekali gus mengumpul mata perseorangan yang menawarkan smart TV 32 inci bagi yang berjaya mengumpul mata terbanyak sehingga penghujung tahun ini.

    Awang Aediesopian menerima hadiah setelah menjuarai tiga tempat teratas pertandingan berkenaan. – Gambar serahan DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...