Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Aedy Ashraf nafi sombong

    Pelakon, Aedy Ashraf, 29, menafikan dakwaan dirinya sombong apabila cenderung memilih berdiam diri setiap kali dihambat kontroversi.

    Aedy memilih berdiam diri berikutan pengajaran ditimba sejak mula terbabit dalam dunia seni.

    “Sebenarnya, terpulang apa yang orang hendak cakap. Saya tahu, orang yang kenal dan rapat dengan saya, dia tahu siapa saya.

    “Sifat sombong itu sangat jauh dari diri saya. Tiada sebab saya hendak sombong sebab saya tahu dari mana saya datang dan di mana saya sekarang,” katanya kepada BH Online.

    Ditanya mengapa memilih untuk mendiamkan diri setiap kali terpalit kontroversi, Aedy menjelaskan, dia mahu mengelak daripada memberi jawapan salah.

    “Itu pilihan saya. Bagi saya, lebih baik berdiam diri daripada kita bercakap benda yang kita tidak tahu hendak cakap.

    “Sebab kadang-kadang, kita tidak tahu apa nak jawab, jadi ‘silent is the best treatment’. Untuk saya begitulah, Saya tidak tahu orang lain bagaimana pula sebab lain orang, lain pendapatnya,” katanya ditemui pada majlis pra pelancaran dan sidang media Absolut Bazar X Festival Gaya Raya di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, baru-baru ini.

    Tambah Aedy, dia mengelak daripada menghadiri acara hiburan dan lebih selesa menghabiskan waktu di rumah.

    “Saya hadir ke majlis ini pun sebab Ben Ali adalah kawan baik saya. Kami berkawan sejak saya berusia 16 tahun dan sudah lebih 10 tahun kami berkawan baik,” katanya. – Agensi

    Aedy mengelak daripada menghadiri acara hiburan dan lebih selesa menghabiskan waktu di rumah. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...