Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Aeril Zafrel dianggap riak

    Baru-baru ini, Aeril Zafrel menjadi perhatian warganet apabila memuat naik hantaran dalam Instagram memaparkan harga makanan lebih RM10,000 ketika menikmati hidangan di Nusr-Et Steakhouse London milik cef terkemuka dunia, Nusret Gokce atau lebih dikenali sebagai Salt Bae ketika bercuti di London, United Kingdom.

    Ramai menganggap pelakon dan usahawan itu bersikap riyak selain ada pula menyifatkan amaun yang dibayar itu sebagai pembaziran apatah lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini. Menjelaskan mengenai perkara itu, Aeril atau Suhairil Sunari, 34, berkata, caj yang dikenakan mengikut nilai mata wang Pound Sterling sebenarnya berpatutan namun ia menjadi mahal apabila nilainya ditukar kepada Ringgit Malaysia.

    “Bayaran makanan menjadi lebih mahal disebabkan terdapat banyak caj tersembunyi… Sebagai contoh bayaran untuk cef Salt Bae memotong daging dan aksinya menaburkan garam mempunyai kadar bayaran lain. Itu sahaja sudah bernilai RM1,000,” katanya kepada mStar.

    Aeril mengulas kunjungannya ke restoran milik cef terkenal dunia itu ketika bercuti bersama isteri, Wawa Zainal dan beberapa orang kenalan mereka di London, baru-baru ini ketika ditemui pada majlis tayangan filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! yang diadakan kelmarin. Menjelaskan lebih lanjut mengenai isu dia dikatakan riak, Aeril menyangkal dakwaan itu sebaliknya tujuan dia berkongsi kunjungannya ke restoran itu di media sosial adalah kerana ia detik manis dalam hidupnya.

    Sementara itu, Aeril turut mendedahkan kos percutiannya ke Switzerland juga menelan belanja RM40,000 untuk membayar tempat tinggal, makanan, pengangkutan dan sebagainya.

    Aeril memberitahu dia merasakan tidak salah untuk mengeluarkan belanja besar untuk bercuti bersama isteri memandangkan dia sudah menyimpan wang berkenaan sejak pandemik melanda dunia.

    Memandangkan dia sudah lama tidak membawa isteri bercuti ke luar negara, jadi dia mengambil kesempatan ini untuk menggembirakan insan tersayang dengan percutian ke Eropah. – Agensi

    Hidangan cef Salt Bae mencecah harga lebih RM10,000. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...