Aeroflot tanggung kerugian besar

MOSCOW, 25 MEI – Syarikat penerbangan terbesar Rusia, Aeroflot, hari ini mencatatkan penurunan penumpang sebanyak 95 peratus pada bulan April berbanding tahun lalu, ketika koronavirus telah menyebabkan penerbangan dihentikan.

Kumpulan Aeroflot membawa 11.4 juta penumpang dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2020, iaitu penurunan sebanyak 34.7 peratus dari tempoh yang sama tahun lalu, menurutnya dalam kenyataan.

Penurunan ini sangat ketara pada bulan April, ketika syarikat itu membawa 229,000 penumpang, menurun 95.2 peratus dari tahun ke tahun.

Keputusan itu dijejaskan oleh ‘permintaan dinamik dan sekatan penerbangan yang signifikan’ yang dikenakan oleh Rusia dan negara-negara destinasi, menurut Aeroflot.

Kumpulan Aeroflot, termasuk penerbangan kos rendah, Pobeda dan syarikat penerbangan domestik yang berpangkalan di Saint Petersburg dan Timur Tengah, menjangkakan peningkatan secara berperingkat jumlah penerbangan di seluruh Rusia pada bulan Jun.

Agensi pengangkutan udara Rusia, Rosaviatsia melarang penerbangan antarabangsa sejak 23 Mac.

Sejak itu Aeroflot hanya membawa warganegara Rusia yang meminta pemindahan dari luar negara. – AFP

Aeroflot mencatatkan penurunan penumpang sebanyak 95 peratus pada bulan April berbanding tahun lalu. – AFP