Aerotrain KLIA sambung operasi satu tren
PUTRAJAYA, 25 Dis – Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) menyambung operasinya pada 11:22 pagi tadi menggunakan satu daripada trennya, kata operator Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). “Kami juga menyediakan 17 buah bas dan tiga buah van bagi mengangkut penumpang di antara terminal utama dan bangunan satelit bagi memastikan kelancaran perjalanan penumpang,” katanya


































