AFC sokong ahli gabungan bangkit hadapi COVID-19

KUALA LUMPUR, 22 NOV – Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) komited menyokong ahli gabungannya bangkit membangunkan semula industri bola sepak seluruh benua khususnya bagi meringankan beban untuk menghidupkan peringkat belia dan pembangunan akar umbi susulan impak COVID-19.

Komitmen berkenaan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif AFC kelapan bagi penggal 2019-2023 di Manama, Bahrain, kelmarin.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata semua aktiviti bola sepak berdepan cabaran kelangsungan industri disebabkan impak COVID-19 yang kini menuju ke fasa pemulihan dan seterusnya endemik.

“Sepanjang dua tahun ini industri bola sepak terjejas apabila pelbagai pertandingan berdepan penangguhan dan pembatalan, malah sesetengah negara hanya membenarkan separuh kapasiti stadium disebabkan keinginan untuk mengekang rantaian pandemik COVID-19.

“Apa yang pasti, pandemik ini jelas memberikan kesan kepada semua pihak dan bola sepak tidak terkecuali. – Bernama