Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Affizy Khairy luah perasaan dalam Ku Bertahan

    Artis baharu Malaysia, Affizy Khairy menggunakan khidmat komposer Aiman Sidek yang terkenal dengan lagu Cinta Sejati bagi single baharunya.

    Affizy Khairy atau mesra disapa sebagai Agy mengatakan lagu Ku Bertahan menceritakan tentang semangat dan perjuangan dalam mengharungi liku kehidupan.

    Katanya, dia mengharapkan agar pendengar dapat menerima kemunculannya single ketiga itu sekali gus membuka peluang buatnya untuk bersaing dengan penyanyi lain.

    “Saya amat berbesar hati dapat menyanyikan lagu Ku Bertahan yang sangat kena dengan situasi kehidupan saya sekarang.

    “Saya berharap agar lagu ini meresap ke jiwa pendengar yang sedang sedang melalui saat getir dan kepayahan dalam hidup,” katanya.

    Dalam pada itu, Aiman Sidek menyifatkan Agy sebagai seorang penyanyi yang memiliki tone suara yang unik dan tersendiri.

    “Kekuatan vokal yang baik ditambah dengan penjiwaannya yang mendalam bagi lagu tersebut.

    “Saya mendapat bayangan Agy untuk menyanyikan lagu ini semasa saya menulis dan menciptakan lagu tersebut,” jelasnya.

    Muzik video lirik lagu Ku Bertahan yang mula dilancarkan pada 2 Julai di YouTube mendapat lebih 15,000 tontonan.

    Untuk rekod, Aiman sebelum merupakan Naib Juara Akademi Nasyid pada tahun 2008 dan pernah menyertai Anugerah Juara Lagu ke-23 bagi kategori Etnik Kreatif menerusi lagu Dusta Berkalang. – Agensi

    Agy mengatakan lagu Ku Bertahan menceritakan tentang semangat dan perjuangan dalam mengharungi liku kehidupan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...