Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Afgan pernah lari dari uji bakat

    Penyanyi Afgan mendedahkan dia pernah menyertai sesi uji bakat pertandingan Indonesia Idol ketika di bangku sekolah dan terpilih dalam senarai 100 orang finalis.

    Bagaimanapun disebabkan terlalu malu dan takut berhadapan dengan panel juri, Afgan akhirnya membuat keputusan meninggalkan pertandingan tersebut.

    “Saya sertai uji bakat Indonesian Idol ketika sekolah menengah dan sebenarnya berjaya dipilih memasuki senarai 100 orang peserta.

    “Ketika itu saya seorang yang sangat pemalu.

    “Apabila masuk ke peringkat bertemu juri, saya jadi gementar dan terus cabut lari,” katanya seperti yang dipetik dari laman Suara.

    Mengakui dirinya masih lagi seorang yang pemalu, Afgan juga tidak menyangka akhirnya dia bergelar penyanyi sehingga ke hari ini.

    Permulaan kerjaya seni Afgan bermula apabila ada yang memberi tawaran merakam lagu selepas terdengar dia menyanyi di karaoke.

    “Ketika saya menyanyi di karaoke, pemilik tempat tersebut terdengar dan tawarkan untuk saya merakamkan lagu,” jelasnya. – Agensi

    Afgan mendedahkan dia pernah menyertai sesi uji bakat pertandingan Indonesia Idol ketika di bangku sekolah dan terpilih dalam senarai 100 orang finalis. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...