KUNDUZ, AFGHANISTAN, 13 MAC – Kumpulan Afghan yang menentang pemerintahan Taliban hari ini menolak dakwaan polis mengatakan anggotanya telah membunuh pekerja vaksin polio semasa kempen membasmi virus itu.
Menurut polis, dua anggota Barisan Pembangkang Negara (NRF) telah ditahan berhubung pembunuhan tujuh pekerja vaksin pada 24 Februari di utara wilayah Kunduz.
NRF merupakan kumpulan terakhir menentang pengambilalihan pemerintahan Taliban pada tahun lalu, berundur ke lembah Panjshir, yang akhirnya tumpas September lalu, beberapa minggu selepas kerajaan baharu berkuasa. – AFP