Afghan serbu pusat tahanan Taliban

LASHKAR GAH, Afghanistan, 10 Feb – Pasukan tentera Afghanistan menyerbu sebuah pusat tahanan Taliban di daerah Washir di selatan wilayah Helmand lewat kelmarin dan membebaskan tujuh orang tahanan, kata kenyataan tentera hari ini.

Semua tahanan yang diselamatkan adalah orang awam yang diculik oleh militan bersenjata, kata kenyataan itu, sambil menambah bahawa pusat tahanan itu telah dimusnahkan.

Semasa operasi, seorang militan Taliban terbunuh dan sebuah kenderaan musnah, kata kenyataan itu.

Ia merupakan operasi kedua yang dilakukan di pusat tahanan Taliban sepanjang minggu lalu. Dalam serangan sebelumnya, pasukan keselamatan menyerang sebuah pusat tahanan Taliban di daerah Chahar Dara di wilayah utara Kunduz Khamis malam dan membebaskan lima tahanan.

Pakatan Taliban masih belum memberi sebarang ulasan mengenai kejadian itu. – Xinhua