KABUL, 21 Feb – Empat pemberontak Taliban terbunuh sejak tentera Afghanistan melancarkan operasi di wilayah barat Herat, kata Kementerian Pertahanan hari ini.
“Empat pengganas terbunuh dan seorang ditangkap selepas Tentera Kebangsaan Afghanistan (ANA) melancarkan operasi meronda di Daerah Gulran kelmarin,” kementerian itu menulis.
Empat motosikal, beberapa peluru dan senjata juga dimusnahkan selepas serbuan di daerah yang bersempadan dengan Iran dan Turkmenistan.
Pasukan kerajaan Afghanistan telah meningkatkan keselamatan sebelum menjelang perasmian projek gas utama di Herat, 640 km dari barat Kabul.
Para pemimpin Afghanistan dan tetamu asing dari negara serantau akan mengambil bahagian beberapa hari yang akan datang dalam upacara pecah tanah projek mega yang akan menandakan permulaan Projek Paip Gas Turkmenistan-Afghanistan-Pakistan-India (TAPI) di kawasan Afghanistan. – Xinhua