Afghanistan catat 7 kematian COVID-19

MOSCOW, 6 APRIL – Bilangan dijangkiti COVID-19 di Afghanistan dalam tempoh 24 jam lalu ialah seramai 30 orang menjadikan jumlah keseluruhan 367 dan tujuh pesakit meninggal dunia, kata Kementerian Kesihatan hari ini.

Agensi berita Sputnik memetik TOLOnews melaporkan, dalam tempoh itu juga seramai 17 pesakit pulih.

Kebanyakan kes dilaporkan di wilayah Herat, bilangan mereka yang diuji positif seramai 16 orang. Di Kabul sejumlah enam kes dicatatkan, menurut kementerian itu. – Bernama