Afghanistan catat kes pertama koronavirus

KABUL, 24 FEB – Afghanistan telah mengesan kes koronavirus novel pertama, kata menteri kesihatan negara hari ini, membabitkan seorang pesakit yang baru-baru ini berkunjung ke Iran, di mana 12 orang telah maut akibat wabak tersebut.

“Saya mengumumkan kes koronavirus positif pertama di Herat,” beritahu menteri kesihatan Firozuddin Feroz pada sidang media, menyeru rakyat supaya mengelak berkunjung ke wilayah barat yang bersempadan dengan Iran.

Pihak berkuasa Afghan sebelum itu mengumumkan penggantungan perjalanan udara dan darat ke Iran, tatkala kebimbangan meningkat berhubung peningkatan dalam jangkitan koronavirus baharu di rantau.

Iran telah mencatat jumlah kematian tertinggi di luar China, pusat wabak.

Feroz berkata pesakit itu telah berkunjung ke bandar suci Iran Qom.

“Rakyat kami harus mengelak berjabat tangan, memeluk dan mencium,” tambah beliau.

Afghanistan dan Pakistan berkongsi sempadan panjang dengan Iran yang sering digunakan oleh penyeludup manusia.– AFP