Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Afghanistan rancang mempersenjatai orang awam

    KABUL, 17 Sept – Afghanistan sedang memikirkan untuk melatih kira-kira 20,000 orang awam dan melengkapkan mereka dengan senjata, untuk mempertahankan wilayah-wilayah tempat militan-militan telah diusir, menurut para pegawai, yang mencetuskan kebimbangan pasukan tempatan mungkin menjadi militia yang lebih kasar.

    Cadangan bagi kumpulan bersenjata yang disokong kerajaan yang akan melindungi masyarakatnya sendiri dari Taliban dan kumpulan IS dibuat ketika pasukan keselamatan Afghanistan, yang dilemahkan oleh pembunuhan dan meninggalkan pasukan, berusaha keras untuk melawan balik pemberontakan yang berleluasa. Namun cadangan itu telah mengundangkan kebimbangan bahawa pasukan setempat mungkin menjadi tidak mudah dikawal dan menjadi sebuah lagi militia yang kasar yang menakutkan orang ramai yang sepatutnya dilindunginya.

    “Perluasan pasukan tidak sekata oleh kerajaan Afghanistan mungkin mengakibatkan bahaya besar bagi orang awam,” menurut Patricia Gossman, penyelidik kanan di Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan.

    Kumpulan itu yang berpangkalan di New York berkata para diplomat Barat di Kabul yang mengetahui tentang rancangan itu – yang mencontohi Tentera Wilayah Iindia yang menyokong pasukan biasa negara itu – berkata para pegawai telah melahirkan kebimbangan militia mungkin dipergunakan oleh ‘orang kuat yang berpengaruh’ atau menjadi ‘ bergantung harap pada rangkaian naungan tempatan.’

    Para pegawai Amerika dan Afghan memberitahu AFP para pejuang mungkin di bawah kawalan tentera Afghanistan dan terlatih lebih baik lagi dari Polis Setempat Afghanistan – pasukan peringkat kampung yang ditubuhkan oleh AS pada tahun 2010 dan dituduh melakukan pencabulan hak asasi kemanusiaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda