Afghanistan terima bantuan AS$200 juta

KABUL, 10 JULAI – Bank Dunia telah meluluskan bantuan berjumlah AS$200 juta untuk membantu Afghanistan mengatasi kerugian ekonomi akibat pandemik koronavirus, tatkala kes disahkan mencecah lebih 34,000 di zon konflik itu.

Ekonomi negara itu terkesan teruk disebabkan lockdown berbulan lamanya, dengan ribuan penduduk kehilangan pekerjaan mereka akibat krisis ekonomi.

“Program itu akan menyediakan sumber fiskal penting untuk mengendali kesan pandemik dalam konteks pertumbuhan ekonomi yang lembap serta kemerosotan pendapatan kerajaan,” kata Henry Kerali, ketua Bank Dunia untuk Afghanistan dalam satu kenyataan semalam.

Afghanistan setakat ini mengisytiharkan lebih 34,000 kes COVID-19, dengan hampir 1,000 kematian.

Qadir berkata dana Bank Dunia akan digunakan untuk membantu mengurangkan impak ke atas penjagaan kesihatan, sosial dan sektor perniagaan.

Virus pertama merebak ke Afghanistan apabila penghijrah yang dijangkiti pulang dari negara jiran Iran, negara paling teruk terjejas di rantau itu. – AFP